Friday 6 May 2011

Lazania

Bahan..
1/2 kg chicken mience
1 botol tomato prego
Bawang putih
Bwg merah
Sedikit serbuk lada
Serbuk lada,hitam
Mix veg
Sebotol mushroom sup.
Chess
Cara-cara
Tumis bwg putih,besar .naik bau masukkan chicken mience dan serbuk lada,lada hitam.apabila separuh masak ,masukkan tomato prego dan renihkan serta masukkan mix veg.

Cara ..susun kepingan lazania dan selang selikan dgn rencah di atas..last sekali siram dgn mushroom sup dan tabur chees dan bakar dlm oven.



Tuesday 26 April 2011

Ayam goreng berempah

ayam goreng madu berempah..



Bahan2nya :

1/2 ekor ayam

5 ulas bawang merah(dikisar)

5 ulas bawang putih(dikisar)

4 sudu serbuk kari daging

1 sudu lada hitam

1 sudu garam

1/2 sudu teh serbuk belacan Maggi

1 sudu teh madu

sedikit air untuk menggaul

minyak untuk menggoreng





Cara menyediakan :

Gaulkan semua bahan kecuali minyak

dan dibiarkan perap selama 30 minit

dan goreng dengan api yang sederhana besar
Edit

Sunday 24 April 2011

Apam balik-siti Ariffah

Bahan-bahan
1/2 cwn gula
1/2 cwn tepung
1/2 cwn tepung beras
1 sudu baking powder
1 sudu b.soda
130 ml air / 3/4 cwn air
2 biji telur

* masukkan kesemua bahan dlm blander dan mesrakannya

Topping
Jagung
kacang tanah yg digoreng dan dihancurkan
Gula Butter

Panaskan pan dan lenggengkan/ratakan dlm pan
separa masak renjikkan butter dan taburkan lain2 topping..hampir masak lipat apam tersebut,bila dah bewarna kuning..

Carrot Kek

Bahan-bahan
1 cwn gula
4 biji telur
1 cwn minyak masak
2 cwn selfraising flour
1 sudu baking powder
1 sudu bikarbonat
3 batang carrot diparut
2 biji pisang dihancurkan
4 sudu kelapa parut
1 sudu serbuk kayu manis.

Cara-cara..
Pukul telur dan gula kemudian masukkan minyak dan bahan2-bahan diatas.
pukul sebati dan bakar.
* Pengalaman saya buat kek ini terus masukkan dlm blander saja..
siap dan sebati dibakar..

Carrot Kek

Bingka

Bahan-bahan..
1 tin santan
3 biji telur
1 cawan gula
1 1/2 air dlm tin santan
2 1/2 tepung gandum
garam secubit
2 sudu pewarna hijau

* Blander kesemua bahan2 diatas..
Masukkan dlm loyang dan taburkan dgn bijan
Akhir sekali di bakar..

Daging Lamb Masak Hitam- Zuraeda

Disertakan resepi utk you all cuba, bila dah siap masak, sila jemput Kak Eda utk merasa... sbb, resepi dah lama dpt tp tak cuba2 lagi... :-)

Daging lamb masak hitam..

Lamb dicuci betui2 dan direbuih.
Masukkan tomato puree lebih sikit...then serbuk cumin and coriander...kunyit serbuk...
tomato sauce...last sekali `kerisik'...
Kalau nak enak lagi, siram dengan bawang goreng...kalau tak cukup hitam, buh kicap pekat...
last but not least , buh bawang besar hiris besar2...
cicah dengan roti boom, roto capati, roti arab....

(kerisik tu ambik coconut bar and letakkan atas frying pan, cairkan saja tapi kacau2 juga sampailah jadi kerisik kita....)

Kuih Bom- Huda Raj

Kuih bom (fried sesame balls)

Inti:
125mg sugar
125mg palm sugar (huda guna dark sugar je)
2 screwpines
125ml water
granted coconut (1/2 coconut)
1tsp corn flour, 1tbsp water

Doh:
300mg glutinous rice flour
125ml coconut milk, warm water
pinch of salt

Cara2nya:
Inti:
Masak sugar n dark sugar n water dgn api perlahan. Masukkan granted coconut n kacau, jgn biarkan kering. Hampir kering tp masih lembap, masukkan tepung jagung dgn bancuhan air sedikit n kacau tp api dah off masa ni. Huda tak letak pun daun pandan (screwpines) tp baik letak, wangi.

Doh:
Uli tepung beras pulut tu ngan coconut milk and air suam until tak melekat pada tangan. Bentukkan bulat n flatkan then letak inti. Bulatkan dan golekkan dgn bijan. Goreng dgn api perlahan sehingga kekuningan.

Selamat mencuba!

Burger Msia-Nurul Saadiah

esepi burger malaysia

200g tepung gandum
120ml susu/ air
2 sudu besar butter/margerin
2 1/2 sudu besar gula halus
1/2 sudu kecil garam
2 sudu kecil dry yeast - bancuh dengan sedikit air suam

- Masukkan bahan-bahan ke dalam mangkuk. Uli sehingga tak melekat kat tangan. Buat bulat besar. Biarkan kembang 2 kali ganda.
- Lepas tu , tumbuk-tumbuh doh roti tadi untuk keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat.
- Biarkan naik 2 kali ganda lagi. Kemudian goreng dalam minyak yang sederhana panas sehingga kekuningan.

sambal ikan bilis

*lada kering
*bawang merah
*bawang putih
*belacan
asam keping
garam
gula
ikan bilis

- blend bahan2 (*) and tumis sehingga naik minyak. Masukkan asam keping, garam , gula dan ikan bilis. Rasa ikut selera, nak manis, nak pedas, nak masam. Mana2 pun boleh. Tumis hingga kering dan warna agak gelap.

Ayam Masak HItam-Diyana Rahim

Ayam masak hitam
Bahan: untuk 8 org. makan

1 ekor ayam (potong 16)
1/2 biji bawang besar }
3 ulas bawang putih } dimayang halus
5 hiris halia }
2 batang serai diketuk

4 sb. cili mesin [letak lebih jika suka pedas]
2sb. jintan manis
1sk. jintan putih
1sb. ketumbar

1 mangkuk bawang goreng
1 mangkuk air asam jawa
kicap manis secukupnya
sedikit minyak untuk menumis

(1 ekor ayam boleh diganti dengan
1kg daging lembu, rebus dahulu
dan dipotong nipis-nipis)

Cara memasak lauk:

1. Panaskan minyak tumis bawang dan halia hingga kekeringan. Masukkan cili mesin, jintan manis , jintan putih dan ketumbar masak sekejap. Masukkan ayam, balik-balikkan.

2. Masukkan air semangkuk dan serai yang diketuk. Masak hingga ayam empuk dan pecah minyak.

3. Kemudian masukkan air asam jawa, garam, kicap dan semangkuk bawang goreng. Renihkan hingga gampir pekat. Jika suka berkuah boleh tutup api lebih awal. Siap untuk dihidang bersama nasi bukhari.

Nasi Briayani- Diyana Rahim

Nasi Bukhari
Bahan untuk nasi: untuk 8 orang makan

3 mug/cawan beras basmathi
3 mug/cawan air
1 cawan susu segar
1 helai daun pandan

Bahan Tumis

1/2 biji bawang besar } mayang halus
5 hiris halia }

1 in. kulit kayu manis
3 buah pelaga
3 bunga cengkih
2 bunga lawang

2 sb. sos tomato
1 biji tomato (dipotong kecil)
1 sb. jintan manis
sedikit lada sulah
2 biji cili hijau (belah 2)
sedikit daun ketumbar
bawang goreng dan kismis
2 sb. minyak sapi dan sedikit minyak unutk menumis
1 1/2 sb. garam

Cara masak nasi

1. Panaskan minyak dan minyak sapi.
Tumis bawang, halia dan 4 rempah tumis
hingga kekuningan dan wangi.

2. Masukkan sos tomato, tomato yg dipotong, jintan manis, lada sulah dan cili hijau, serta susu segar. Masak hingga pecah minyak. Ketepikan.

3. Basuh beras, sukat air same banyak dgn beras. Masukkan rempah yg ditumis tadi. Masak nasi seperti biasa dalam rice cooker. Hampir masak masukkan daun ketumbar yg dipotong halus dan bawang goreng serta kismis.
Gemburkan nasi. Tutup api. Sudah siap.

Harap mencuba!

Jagung Manis Kelapa-Diyana Rahim

Jagung Manis

Bahan:
3 batang jagung (direbus)
1 cawan kelapa segar
garam dan gula

Cara:

1. Rebus jagung dengan sedikit garam. Kemudian dipotong nipis-nipis.

2. Kelapa digaul dengan sedikit gula dan garam. Kemudian gaul isi jagung dengan kelapa. Rasa cukup manis dan masinnya. Siap untuk dimakan.

(Boleh juga guna jagung dalam tin dan guna fine desiccated coconut yg dicampur dengan sedikit air panas serta sedikit gula dan garam yg dipanaskan dalam microwave untuk melembutkan kelapa. Gaul dah siap.)

Resepi ini juga boleh kita gunakan pada emping hijau yg boleh dapat di utara Malaysia.

Selamat mencuba!

Kek Mangga- Atiqah

Kek Seri Mangga

Resepi ni menggunakan 1 bekas pembakar 7 inci yang dalam. Adunan kek adalah berdasarkan resepi victoria sponge.

Bahan-bahan:
175g gula caster
175g tepung naik sendiri
175g mentega atau marjerin (suhu bilik)
3 biji telur sederhana-besar
1 cmt esen vanila

25g gula aising
250g keju mascarpone/keju krim
300ml double cream
1 biji mangga besar-dipotong dadu kecil
puri mangga

Cara:
1. Panaskan oven 180, 10 minit sebelum membakar. Gris dulang pembakar. Ayak tepung.
2. Mesin mentega/marjerin dengan gula sampai berkrim. Boleh juga dipukul dengan senduk, yang penting mustilah kembang, nampak berkrim.
3. Masukkan telur, kemudian masukkan esen vanila. Masukkan tepung sikit-sikit dan kaup balikkan adunan.
4. Lagi satu cara, boleh juga pukul telur dengan esen vanila sampai kembang. Masukkan bergilir-gilir telur dan tepung ke dalam adunan mentega-gula, kaup balik sampai adunan sebati.
5. Tuang adunan ke dalam tin pembakar. Ratakan adunan, gunakan belakang sudu dan tekan sikit kat tengah.
6. Bakar 45 minit, atau sampai masak. Sejukkan kek.

Penyediaan krim dan kerja melapis
1. Putar double cream sampai jadi soft peak. Pukul gula aising dengan keju krim sampai kembang, campurkan keju dan double cream, kacau sebati.
2. Potong kek menjadi kepada 3 lapisan. Bahagikan krim kepada 4 bahagian. Guna krim dan mangga untuk filling setiap lapisan. Sapukan juga krim pada bahagian luar. Sejukkan dalam peti sejuk atau dibiarkan sehingga adunan krim set.
3. Tuangkan puri mangga pada atas kek. Sejukkan kek sebelum dihidangkan.

Saturday 16 April 2011

Nasi Kerabu



Nasi kerabu.

Utk sambal kelapa.A
1 cwn isi ikan rebus
5 biji bwng merah
4 sudu besar lada hitam
Gula melaka secukup rasa
Garam secubit
Serai 3 btang.
*Blander bahan diatas.
Kelapa parut 3 cawan digoreng dgn api kecil sehingga kekuningan.
Apabila siap masukkan bahan yg diblander dan kacau di atas api kecil hingga mesra.

Bahan utk kuahnya.B
10 biji bwag merah
Lada kering
Secubit belacan
* Blander bahan diatas
4 cwn santan
2 btg serai
2 asam kping
Garamsecukup rasa
Cara..
Panaskan minyak tumiskan bahan diatas sehingga pecah minyak.kalau perlu gunakan minyak yg banyak agar cepat pecah minyak.
Ketuk 2 btang serai dan masukkanya.
Apabila pecah minyak masukkan santan dan asam kping.
Renihkan seketika.

Utk nasi
Masak nasi spt biasa cuma ketuk 2 btg serai dan masukkan sedikit pewarna biru serta secubit garam.

Ulaman perlu di hiris halus
Timun
Daun serai kayu
Daun kesum
Taugeh
Kacang panjang
Dan lain ikut suka.

*nasi kerabu perlu dihidang bersama budu,sambal lada dan ikan celup. tepung atau daging/ayam bakar.
Selamat mencuba masakan klate :)

Nasi Dagang

Nasi dagang

4 pot beras biasa
1 pot beras pulut
4 cawan santan cair
2 cawan santan pekat.
Bahan B.
5 ulas bwang merah dimayang
2 inci halia dimayang.
4 sudu biji halba

Cara.
Campurkan beras pulut dan beras biasa ,kemudian di rendam semalaman atau 30 minit jika nak cepat.
Kukuskan beras tadi sehingga separuh masak.
Keluarkan dan di kacau bersama santan cair sehingga sebati.
Kemudian dikukus lagi selama 15 minit(hampir masak)
keluarkan dan dikacau pula bersama santan pekat dan masukkan bahan B dan secubit garam.juga dikukus lagi utk kali terakhir selama 10 minit sehungga betul2 masak.
Selamat mencuba....

*kalau ada beras nasi dagang kelantan boleh terus kukus tak perlu campur dgn beras pulut..
Di atas tu nasi dagang terenggganu.

Gulai Ikan Tongkol (aye)

Gulai ikan tongkol utk nasi dagang

Bahan A
2 biji bwang besar
1 inci halia
1 ulas bwang putih
Serbuk.kunyit
2 inci lengkuas
* semua bahan di atas di blander
Santan 3 cawan.
Bahan B
Ikan tongkol 1 ekor sederhana besar.
3 kping asam kping
2 sudu cuka
3 sudu garam
Cara
Rebus ikan bersama bahan b.
Panaskan minyak utk tumiskan kesemua bahan yg di blander sehingga pecah minyak.kemudian masukkan santan dan asam keping.bila santan mendidih masukkan ikan yg direbus,kalau suka,masukkan timun potong dan lada,hijau.Renihkan seketika.
Boleh dihidang bersama nasi dagang..selamat mencuba

Friday 15 April 2011

Keropok Lekor Ayam


Bahan-bahan

1kg chicken mince
3 cawan tepung ubi/topiaka
2 sudu garam.

Cara .
semua bahan di gaul agar sebati,sekiranya perlu masukkan sedikit air.Setelah semuanya sebati dan tidak lekat dicari.Bentukkan panjang2 spt bentuk keropok lekor dan boleh digoreng.

Keropok lekor-Niza

Keropok lekor segera.
( resepi asal dari cik mol)

1 tin besar ikan pilchard in salted water- 450gm kot..( buang air nya)
2 cawan tepung ubi( tapioca flour)
secubit garam.

cara masak:
satukan semua bahan dalam electric mixer dan adun sehingga sebati. dalam 2 ke 3 minit je..kalau takde mixer adun pakai tangan pun boleh

Nota : sekiranya adunan agak keras/ berderai masukkan 1 sudu besar air dan adun lagi. Tambah air satu sudu besar lagi sekiranya adunan masih berderai dan tak boleh di gentel- ( adunan boleh digoreng bila adunan tadi mudah dibentukkan)..hehe bahasa trg dah nie..

Pas atu boleh digoreng dalam minyak yg panas atau pun direbus dalam air yg mengelegak..

Happy berkeropok..

selamat mencuba.

Cinnamon Roll- Linda Basir

Cinnamon Roll
Bahan A
1 paket (7g) yis kering
Secubit gula
¼ cawan air suam
Bahan B
4 cawan tepung roti (Strong bread flour)
1 cawan susu segar suam
½ cawan gula halus
2 biji telur (pukul)
½ cawan mentega + I sudu besar
Cara-cara
Campurkan Bahan A dan tunggu sehinggal ada buih yis akan timbul.
Campurkan Bahan A tadi dan kesemua Bahan B. Masukkan dalam mixer pakai dough hook. Kalau tak ada pun boleh jer campurkan semua dan start menguli. Uli sehingga semua bahan dan tepung menjadi sebati. Ambik 1 sudu besar mentega. .. uli adunan sehingga tiada mentega melekat pada tangan . Semua ini insya ALLAH hanya mengambil masa 15 min -20 minit sahaja.
Tutup doh dengan kain dan biarkan sehingga doh menjadi 2 kali besar. Lebih kurang 1 jam setengah bergantung kepada suhu/ cuaca semasa.
Inti:
Mentega untuk disapu
Gula perang dan serbuk kayu manis (cinnamon powder)
Option: coklat chip atau raisin
Panaskan oven 200 celcius . 15minit
Doh yang kembang tadi . di tumbuk supaya angin keluar dan potong doh kepada dua . Gelek doh sehingga 5mm tebal dan bersegiempat tepat.
Sapukan permukaan doh dengan butter dan taburdengan campuran gula perang dan serbuk cinnamon. Jika ada coklat chip atau rasin juga boleh di tabor.. gulung sampai hujung. Potong dalam 2 inci lebar. Rehatkan roll sehingga mengembang lagi. Barulah masukkan dalam oven 200 celsius selama 15- 20 minit.
Sudah masak.. boleh la sapukan cheese spread diatas nya. Yg selalu saya buat. Gula aising 2 cawan, susu cair dipukul hingga kembang, masukkan 250 gm creamcheese dan boleh la tambah kkakcng yg telah di tumbuk kasar.
Selamat Mencuba

Gulai Ikan tongkol (aya)

Gulai ikan tongkol(aya)
Nasi berlauk...

Bahan A
2 ekor ikan aya sederhana besar.
4 sudu besar cuka
garam secukup rasa
3 kpg asam gelugor
1/2 cawan air

Bahan B(blander)
2 biji bawang besar
2 inci lengkuah
1 ulas bwang putih
10 biji lada kering
2 sudu serbuk kunyit.

*santan 1 tin
*Timun di potong kecil
*sedikit minyak utk menumis

Cara-caranya
Ikan direbus dan masukkan semua bahan A.
Tumiskan bahan yg diblander sehingga pecah minyak.
kemudian masukkan santan.Setelah mendidih masukkan ikan yg direbus tadi,biarkan seketika kemudian masukkan timun dan garam secukup rasa.
Boleh dihidangkan bersama sambal belacan.
Moga pagi esok dapat bersarapan bersama nasi berlauk..Insyallah

petua
*cuka di masukkan bersama ikan sewaktu merebus adalah agar isi ikan menjadi kental dan tidak mudah pecah.

Potatos sup & Garlic Bread

Potatos 2 biji direbus.(hancurkan)
4 ulas bawang putih
Lada hitam secukup rasa(powder)
Lada sulah secukup.rasa(powder)
3 sudu mentega/ butter
2 cawan fresh milk.
Secubit garam

Cara..
Tumis bwang putih dgn marjerin .Apabila kekuningan masukkan fresh milk dan potatos yg di hancurkan tadi.
Kemudian masukkan lada hitam dan lada sulah.
Siap boleh dihidangkan dgn garlic bread.

*garlic bread.: tumbuk garlic hingga lumat.dicampurkan dgn butter dan mint sos(jika perlu)
Bila,siap sapukan pd apa2 roti dan bakar..kiranya stok garlic bread habis...
Tp nak senang beli je garlic bread kat kedai :

Apam

#

3 biji telur Gred A

2 1/2 cawan tepung gandum

1 1/2 cawan gula halus

1/2 tin susu cair @ susu segar

3 sudu teh baking powder
...

1 sudu teh ovalette

(intinya) kaya, jem strawberry, coklat dn sbginyer..ikut citarasa..



cara membuatnyer :

- masukkan smua bhn2 diatas dn pukul hingga kembang..

- bahagikan adunan kpd beberapa bahagian kemudian titiskn pewarna mengikut pilihan..

- masukkan adunan ke dlm beg piping..

- picitkn adunan kedlm mangkuk kertas setengah sahaja..

- letakkan inti secukupnyer..

- picit lgi adunan sama warna atau brlainan warna..

- kukus selama 10 - 15 minit..
See more
#
Edit

Kek Kelapa -Mimi


Kek kelapa
Bahan..
Telur saiz A 3 biji
175g gula halus
175g raising flour
75g kelapa kering dlm tin
1sudu baking powder
175 butter
1 sudu vanila
Doubel cream jika ada.
Frosting
500g cream chees
3 sudu besar gula halus
Perahan limau
Kelapa kering utk taburan.
*masukkan kesemua bahan kecuali kelapa,kering.*

Cara...
Pukul butter dan telur hingga kembang dan masukkan telur satu persatu seterusnya diikuti bahan lain..akhir sekali masukkan kelapa kering dan bakar .
Setelah siap dan sejukkan boleh lah decorat kek itu..pastikan seluruh kek difrostingkan kemudian tabur kelapa kering dan susun ceri...senang dan sedap
Selamat mcuba

Murtabak Glasgow


cara2..sediakan kulit popia.
intinya :tumiskan bawang merah,putih dan halia setelah garing masukkan serbuk kari dan sedikit air..seterusnya masukkan mience chiken ,garam n gula..renihkan sampai masak..sejukan dulu
bancuh inti tadi dgn telur dan masukkan dlm kulit popia lipat 4 segi terus masuk dlm kuali yg disiram sedikit minyak..

utk air bawang..cuka , gula , garam secubit dan bawang merah..sukatan ikut suka
selamat mencuba :))

Kurma Warisan Glasgow-Kak Cik

Kurma Warisan Glasgow

1 kg lamb
5 sudu besar penuh rempah kurma
1/2 tin tomato chop
1/2 tin susu cair

*Bahan A
2 biji bawang besar
1 inci halia
4 bradik rempah..kayu manis,bunga lawan dln
minyak utk menumis

*bahan B(blander)
10 batang daun corinder
10 batang daun pudina
1 biji bawang besar
1 ulas beg putih
4 biji lada hijau
cara-caranya
Tumiskan bahan A sehingga kuning
masukkan bahan b dan rempah kurma sehingga pecah minyak.
masukkan lamb dan tomato chop .Biarkan ia sehingga lamb empuk ,kemudian masukkan susu..
jgn lupa masukkan garam sesedap rasa....
.....Selamat mencuba...
Resipi ini adalah peninggalan Dr Norizah (kak cik) sebelum meninggalkan Glasgow utk perantau di sini...tq Kak cik

Daging Bamia

bahan:

daging batang pinang

bawang merah - goreng hingga kuning

1/2 tin sop tomato

bawang besar - hiris

lada hijau / buah tomato - hiris

2 s.b serbuk kari daging

1 1/2 s.b rempah garam masala

bwg merah / bwg putih / halia - kisar

santan / bendi

cara:

- satukn daging dgn bahan kisar (perapkan). panaskn minyak sapi + minyak masak & tumis bawang besar. masukkn daging & air & biar hingga daging empuk. setelah itu masukkn bawang goreng + sup tomato + lada hijau + santan + bendi. kacau hingga pekat. akhir sekali taburkn bawang goreng.

Ayam Masak Masala.

Ayam/lamb masalaa

Bahan
Ayam/ lamb 1 kg potong kecil2
1 biji bwang besar
3 biji bwang putih
2 inci halia
* mayang bahan diatas utk tumisan.*
Rempah 4 bradik..kayu manis dlln

Bahan b
4 sudu garam masala
2 sudu serbuk corinder
2 sudu serbuk lada
Garam secukup rasa
1/2 tomato chop
4 sudu yourgt

Cara2,
Tumis bahan diatas ,setelah kekuningan masukkan ayam/ lamb.seterusnya masukkan bahan b dan kacau agar ianya sebati.biarkan ia dgn api yg kecil sehingga ianya empuk.
Masukkan juga secawan air.
Apabila empuk taburkanya,dgn hirisan daun corinder dan hidangkan.
Boleh dimakan bersama nasi @ capati..

Ayam Tandoori

Ayam tandoori.
Bahan..
1 ekor ayam dipotong 8.
4 sudu serbuk tandoori
2 sudu yougrt
1 sudu garam
1 sudu mint sos
1 sudu garam masala
1 sudu serbuk corinder.

Cara..
Masukkan kesemua bahan2 diatas dan sebatikan.
Sebelum diperap bersama ayam ,rasakan dulu diujung lidah apa yg kurang.kiranya kurang masin tambahkan garam.
Kemudian perap pd ayam .kalau nak lebih sedap perap semalaman , atau pun 30 minit.
Sebelum dibakar jiruskan sedikit minyak diatasnya utk mgelakkan ianya terlalu kering.
Apabila masak ,air ayam tu boleh dibuat gravy dan curahkan diatasnya sewaktu dihidang ..mavless..
Cuba jgn tak cuba ni resipi original dr

Laksa Klate

Laksa Klate.

Bahan2
1 tin santan
1 biji bwng besar*
4 sudu lada hitam*
2 tin tuna chunk.*
Garam secukup rasa
1 asam kping.

Ulaman dihiris halus
Timun
Kacang pjang
Taugeh
Daun kesum
Dll yg sesuai

Cara..
Blander bahan* dan masukkan dlm santan.
Masakkan diatas api yg sederhana kecil sambil kacau.agar ia tak membuak.
Pastikan masuk asam kping dan garam secukupnya..

Laksa boleh dibeli di kedai sebab tak tahu cara buatnya:)
*dihidang bersama sambal belacan.
Selamat mencuba..

Nasi Briayani - Mr Mom

Nasi beriani simple (ala Mr Mom)

Bahan2:
2 sudu besar rempah beriani (beryani paste Laziza)
2 besar ghee untuk menumis
2 sudu besar bawang mesin (bawang besar+garlic+halia)
2 biji cardamon
2 kuntum cengkih
1 kuntum star anisse
1 cm kayu manis
3 sudu besar double cream
Air untuk masak beras
5 pot Beras basmati
(isi ayam/kambing/daging sikit kalau nak letak)

Cara2
1. Tumis bawang mesin + cardamon/star anisse/cengkih/kayu manis sampai naik bau.
2. Masukkan beryani paste - tumiskan sekali
3. Bila minyak dah pecah, masukkan isi ayam/kambing/daging
4. Air satu pot + double cream
5. Masukkan semua dengan beras. Sukatan saya: 5 pot beras + 7 pot air
6. Bila dah masak, titikkan pewarna kuning, dan gaulkan.

Mr Mom

Roast Lamb ( Kak Pah)

Roast Lamb
- Resepi warisan Kak Pah (Kak Ratifah Taib)

Bahan:
2 kilo kambing (ribs)
6 batang serai
2 inci halia
5 ulas bawang putih
1 sudu teh ketumbar (coriander)
1 sudu teh jintan putih (cumin)
4 sudu besar sos tiram
4 sudu madu (honey)
1 biji lemon
5 sudu besar gula
Garam secukup rasa ( 1 sudu teh penuh )

Cara:
1. Cuci kambing dengan air yang bercampur 3 sudu besar tepung gandum. dan cuci dengan air hingga bersih
2. Blend serai, halia, bawang putih ketumbar dan jintan putih. (Blender kering atau tidak perlu air yang banyak)
3. Gaul bahan yang diblend dan bahan lain dengan kambing. Perap di dalam peri sejuk selama semalam. Lebih lama lebih sedap.

Wednesday 13 April 2011

Carbot sale




Carbot sale amat popular dikalangan org melayu disini.Corbots ni sebenarnya menjual barang2 terpakai dgn harga serendah 50p utk pakaian dan lain2.Kebanyakkan pengunjung mencari barang2 berjenama spt kasut,handbag,jaket dan lain2.Disini juga merupakan salah satu tempat perjumpaan org2 melayu dihujung minggu tp tidak semua melayu gemar membeli disini ada yg mengunjungi carbots sekadar utk bersosial bersama rakan2.Sekiranya pandai memilih dan pandai menawarkan harga anda akan mendapat barang yg berjenama dgn kualiti serta harga yg murah..

Pertama kali aku ke carbots di Palmodie Govanhill,seakan satu kejutan krn melihatkan suasana dan tempat yg seakan spt bangunan buruk yg mengerunkan.Sewaktu di Malaysia ku bayangkan Glasgow sebuah bandar yg moden dan happening.tp rupanya sangkaanku meleset.Kakak senior telah mengajarku bagaimana utk mencari barang2 yg berjenama dan berkualiti pada harga yg rendah.Kali pertama ke carbots aku lebih banyak berdiam diri dan seakan pemalu utk bertanya dan menawarkan harga tp kali ke 4 aku mula menunjukkan skill bab tawar menawar harga dan telah menunjukkan diriku yg sebenar,memang seronok terutamanya bila dapat barang yg brand new dgn harga serendah mungkin.Banyak peistiwa2 yg menari sepanjang ku mengunjungi carbot sale.Sewaktu lawatan mertuaku ke Glasgow kami juga ada membawa mrk ke carbot,nampaknya mrk pun teruja dgn carbot .Bila hari minggu je minta kami bawakan mrk ke carbot.Selama 2 bulan di Glasgow mrk dapat mengumpul barang2 carbot 3 kotak besar.Selain Parmodie terdapat juga carbot sale di Blockcain,lanark dan beberapa tempat lagi.Di Lanark hanya pada musim summer saja di buka ,iaitu bermula bulan Mac(change time) hingga winter.
Paling kami suka pergi ke carbot lanark krn dia di kws country side dan penjual2nya dikalangan org2 kaya dan bersopan santu, jadi barang yg dijual boleh dikatakan berkualiti dan baru begitu juga dgn harga yg ditawarkan berpatutan dan boleh tawar menawar.Lokasinya di tengah padang yg luas dan sungguh mendamaikan.Biasanya kami mengunjungi carbot lanark by gruop dimana selepas membeli belah di carbot kami akan berbbq di Lanark Park beramai2 dan sungguh happening..Alhamdulillah

Cara berjimat

Tahun pertama disini ramai2 kakak senior memberi tunjuk ajar dan memberitahu bagaimana utk mendapatkan bahan masakkan serta cara membeli dgn lain perkataan bagaimana utk berbelanja cara berhemah.Masih ku ingat kali pertama suamiku membeli ayam di kedai pakistan di Govanhill.Pada mulanya aku sungguh terkejut krn suamiku membawa balik "4 pair chiken leg with skin".ku rasa pelik mana sayap dan dada ke tanya suamiku.katanya dgn selamba kat sini org2 melayu beli chiken leg with skin sebab lebih murah dan jimat.KU menerimanya tanpa bertanya banyak.so semenjak hari itu setiap kali pi kedai ayam perkataan yg ku perlu hafal ialah "chicken leg with skin" dan "cut small pieces".hampir setahun jugak ku mengamalkanya.
Setiap hujung minggu kami berbelanja barang2 dapur di Asda yg merupakan pasaraya yg terkenal di sini yg menawarkan harga murah.Salah seorang kakak senior telah menunjukkan cara utk berjimat iaitu dengan memilih barangan yg berlebel hijau atau berjenama Asda.So bila setiap kali pi Asda mata ku hanya tertumpu pada label warna hijau saja dan memang harganya jauh lebih murah paling murah 20p iaitu sweet corn dlm tin.Sememangnya kami dapat berjimat pada masa itu penuh troli tp nilainya hanya lebih kurang 25pound sahaja.Maklumlah 2 bulan pertama aku tidak bekerja hanya mengharapkan duit biasisawa .Teringat salah seorg abang senior disini berpesan kehidupan kita disini adalah dibawah tahap kemiskinan jadi kena pandai berjimat dan amalkan perbelanjaan berhemah.Aku akur sahaja setiap apa yg dinasihatkan oleh senior2 kami.Aku amat2 beterima kasih pada mrk yg banyak memberi tunjuk ajar kpd kami .

Pada suatu hari seorang kakak senior iaitu Kak Zan mengajak kami sekeluarga makan dirumahnya.Kebetulan beliau sudah hampir siap dan akan pulang ke Malaysia.Sampai sahaja di pintu rumahnya ku sungguh terkejut apabila melihat rumahnya yg penuh dgn barang perabut dan kotak2 pinggan mangkuk yh mahal2 utk dibawa pulang.Boleh dikatakan 80% ruang rumahnya dipenuhi barang2 utk dibawa balik ke Malaysia.Aku terkeliru seketika dan bertanya dlm diri banyakknya duit dia ..dgn kereta mercedes,perabut yg berkualiti dan lain2 barang utk dibawa balik.katanya kita dibawah tahap kemiskinan tp ??? Apabila ku dekati dan cuba bertanya pada kakak tu katanya ini adalah hasil titik peluh dia di sini iaitu bekerja sbg cleaner di hospital.Jadi beliau menyarankan aku mencari kerja sementara anak2 pergi sekolah.Apabila kepala ku ligat berfikir ,bagaimana,dimana dan macamana utk mendapatkan kerja.Aku sentiasa berdoa kpd Allah agar permudahkan segala urusan kami ...amin

Tujuan..

Pada asalnya aku hanya menubuhkan group Dapur Perantau Glasgow melalui Facebook,bertujuan utk berkongsi resipi masakan ,petua dan isu2 semasa serta pengalaman2 sepanjang berada di Glasgow.Jadi disitu aku cuba berkongsi resipi masakan yg mana senang dan sedap serta yang mana ku rasakan perlu ku cuba berkongsi dgn teman2 disini.Sehari ku cuba satu resipi ku upload dan nampaknya mendapat sambutan dr rakan-rakan dan mrk pun tidak lokek utk berkongsi resipi di ruangan itu.Alhamdulillah.

Baru2 ini seorang teman baikku Zuraeda menyarankan aku membuka blog Dapur Perantau Glasgow utk memuatkan resipi2 ,menurutnya kekadang Fb sedikit sukar utk menyimpan data2 tersebut dan kemungkinan akan hilang serta sukar utk mencari balik resipi yg telah di upload.Terima kasih atas cadangan itu.Sewaktu tahun ke2 di Glasgow aku telah pun membuat blog tp telah pun ditinggalkan dan tidak mengemaskini,kini bila ku buka balik blog yg ku tulis 2 tahun lepas baru kurasakan masa itu begitu pantas dan ku rasakan ku perlu lakukan sesuatu yg lebih berfaedah sekurang-kurangnya pengalaman,resipi masakan,petua2 sewaktu merantau perlu dikongsi bersama.

Tahun pertama disini ramai2 kakak senior memberi tunjuk ajar dan memberitahu bagaimana utk mendapatkan bahan masakkan serta cara membeli dgn lain perkataan bagaimana utk berbelanja cara berhemah.Masih ku ingat kali pertama suamiku membeli ayam di kedai pakistan di Govanhill.Pada mulanya aku sungguh terkejut krn suamiku membawa balik "4 pair chiken leg with skin".ku rasa pelik mana sayap dan dada ke tanya suamiku.katanya dgn selamba kat sini org2 melayu beli chiken leg with skin sebab lebih murah dan jimat.KU menerimanya tanpa bertanya banyak.so semenjak hari itu setiap kali pi kedai ayam perkataan yg ku perlu hafal ialah "chicken leg with skin" dan "cut small pieces".hampir setahun jugak ku mengamalkan perbelanjaan berhemah.Rumah pertama kami di Pollokshield dimana di kawasan itu hanya 2 keluarga melayu sahaja,berlaianan dgn Govanhill ramai melayu tinggal di situ.