Wednesday 13 April 2011

Cara berjimat

Tahun pertama disini ramai2 kakak senior memberi tunjuk ajar dan memberitahu bagaimana utk mendapatkan bahan masakkan serta cara membeli dgn lain perkataan bagaimana utk berbelanja cara berhemah.Masih ku ingat kali pertama suamiku membeli ayam di kedai pakistan di Govanhill.Pada mulanya aku sungguh terkejut krn suamiku membawa balik "4 pair chiken leg with skin".ku rasa pelik mana sayap dan dada ke tanya suamiku.katanya dgn selamba kat sini org2 melayu beli chiken leg with skin sebab lebih murah dan jimat.KU menerimanya tanpa bertanya banyak.so semenjak hari itu setiap kali pi kedai ayam perkataan yg ku perlu hafal ialah "chicken leg with skin" dan "cut small pieces".hampir setahun jugak ku mengamalkanya.
Setiap hujung minggu kami berbelanja barang2 dapur di Asda yg merupakan pasaraya yg terkenal di sini yg menawarkan harga murah.Salah seorang kakak senior telah menunjukkan cara utk berjimat iaitu dengan memilih barangan yg berlebel hijau atau berjenama Asda.So bila setiap kali pi Asda mata ku hanya tertumpu pada label warna hijau saja dan memang harganya jauh lebih murah paling murah 20p iaitu sweet corn dlm tin.Sememangnya kami dapat berjimat pada masa itu penuh troli tp nilainya hanya lebih kurang 25pound sahaja.Maklumlah 2 bulan pertama aku tidak bekerja hanya mengharapkan duit biasisawa .Teringat salah seorg abang senior disini berpesan kehidupan kita disini adalah dibawah tahap kemiskinan jadi kena pandai berjimat dan amalkan perbelanjaan berhemah.Aku akur sahaja setiap apa yg dinasihatkan oleh senior2 kami.Aku amat2 beterima kasih pada mrk yg banyak memberi tunjuk ajar kpd kami .

Pada suatu hari seorang kakak senior iaitu Kak Zan mengajak kami sekeluarga makan dirumahnya.Kebetulan beliau sudah hampir siap dan akan pulang ke Malaysia.Sampai sahaja di pintu rumahnya ku sungguh terkejut apabila melihat rumahnya yg penuh dgn barang perabut dan kotak2 pinggan mangkuk yh mahal2 utk dibawa pulang.Boleh dikatakan 80% ruang rumahnya dipenuhi barang2 utk dibawa balik ke Malaysia.Aku terkeliru seketika dan bertanya dlm diri banyakknya duit dia ..dgn kereta mercedes,perabut yg berkualiti dan lain2 barang utk dibawa balik.katanya kita dibawah tahap kemiskinan tp ??? Apabila ku dekati dan cuba bertanya pada kakak tu katanya ini adalah hasil titik peluh dia di sini iaitu bekerja sbg cleaner di hospital.Jadi beliau menyarankan aku mencari kerja sementara anak2 pergi sekolah.Apabila kepala ku ligat berfikir ,bagaimana,dimana dan macamana utk mendapatkan kerja.Aku sentiasa berdoa kpd Allah agar permudahkan segala urusan kami ...amin

No comments:

Post a Comment