Wednesday 13 April 2011

Tujuan..

Pada asalnya aku hanya menubuhkan group Dapur Perantau Glasgow melalui Facebook,bertujuan utk berkongsi resipi masakan ,petua dan isu2 semasa serta pengalaman2 sepanjang berada di Glasgow.Jadi disitu aku cuba berkongsi resipi masakan yg mana senang dan sedap serta yang mana ku rasakan perlu ku cuba berkongsi dgn teman2 disini.Sehari ku cuba satu resipi ku upload dan nampaknya mendapat sambutan dr rakan-rakan dan mrk pun tidak lokek utk berkongsi resipi di ruangan itu.Alhamdulillah.

Baru2 ini seorang teman baikku Zuraeda menyarankan aku membuka blog Dapur Perantau Glasgow utk memuatkan resipi2 ,menurutnya kekadang Fb sedikit sukar utk menyimpan data2 tersebut dan kemungkinan akan hilang serta sukar utk mencari balik resipi yg telah di upload.Terima kasih atas cadangan itu.Sewaktu tahun ke2 di Glasgow aku telah pun membuat blog tp telah pun ditinggalkan dan tidak mengemaskini,kini bila ku buka balik blog yg ku tulis 2 tahun lepas baru kurasakan masa itu begitu pantas dan ku rasakan ku perlu lakukan sesuatu yg lebih berfaedah sekurang-kurangnya pengalaman,resipi masakan,petua2 sewaktu merantau perlu dikongsi bersama.

Tahun pertama disini ramai2 kakak senior memberi tunjuk ajar dan memberitahu bagaimana utk mendapatkan bahan masakkan serta cara membeli dgn lain perkataan bagaimana utk berbelanja cara berhemah.Masih ku ingat kali pertama suamiku membeli ayam di kedai pakistan di Govanhill.Pada mulanya aku sungguh terkejut krn suamiku membawa balik "4 pair chiken leg with skin".ku rasa pelik mana sayap dan dada ke tanya suamiku.katanya dgn selamba kat sini org2 melayu beli chiken leg with skin sebab lebih murah dan jimat.KU menerimanya tanpa bertanya banyak.so semenjak hari itu setiap kali pi kedai ayam perkataan yg ku perlu hafal ialah "chicken leg with skin" dan "cut small pieces".hampir setahun jugak ku mengamalkan perbelanjaan berhemah.Rumah pertama kami di Pollokshield dimana di kawasan itu hanya 2 keluarga melayu sahaja,berlaianan dgn Govanhill ramai melayu tinggal di situ.

No comments:

Post a Comment