Friday 15 April 2011

Cinnamon Roll- Linda Basir

Cinnamon Roll
Bahan A
1 paket (7g) yis kering
Secubit gula
¼ cawan air suam
Bahan B
4 cawan tepung roti (Strong bread flour)
1 cawan susu segar suam
½ cawan gula halus
2 biji telur (pukul)
½ cawan mentega + I sudu besar
Cara-cara
Campurkan Bahan A dan tunggu sehinggal ada buih yis akan timbul.
Campurkan Bahan A tadi dan kesemua Bahan B. Masukkan dalam mixer pakai dough hook. Kalau tak ada pun boleh jer campurkan semua dan start menguli. Uli sehingga semua bahan dan tepung menjadi sebati. Ambik 1 sudu besar mentega. .. uli adunan sehingga tiada mentega melekat pada tangan . Semua ini insya ALLAH hanya mengambil masa 15 min -20 minit sahaja.
Tutup doh dengan kain dan biarkan sehingga doh menjadi 2 kali besar. Lebih kurang 1 jam setengah bergantung kepada suhu/ cuaca semasa.
Inti:
Mentega untuk disapu
Gula perang dan serbuk kayu manis (cinnamon powder)
Option: coklat chip atau raisin
Panaskan oven 200 celcius . 15minit
Doh yang kembang tadi . di tumbuk supaya angin keluar dan potong doh kepada dua . Gelek doh sehingga 5mm tebal dan bersegiempat tepat.
Sapukan permukaan doh dengan butter dan taburdengan campuran gula perang dan serbuk cinnamon. Jika ada coklat chip atau rasin juga boleh di tabor.. gulung sampai hujung. Potong dalam 2 inci lebar. Rehatkan roll sehingga mengembang lagi. Barulah masukkan dalam oven 200 celsius selama 15- 20 minit.
Sudah masak.. boleh la sapukan cheese spread diatas nya. Yg selalu saya buat. Gula aising 2 cawan, susu cair dipukul hingga kembang, masukkan 250 gm creamcheese dan boleh la tambah kkakcng yg telah di tumbuk kasar.
Selamat Mencuba

No comments:

Post a Comment