Wednesday 13 April 2011

Carbot sale




Carbot sale amat popular dikalangan org melayu disini.Corbots ni sebenarnya menjual barang2 terpakai dgn harga serendah 50p utk pakaian dan lain2.Kebanyakkan pengunjung mencari barang2 berjenama spt kasut,handbag,jaket dan lain2.Disini juga merupakan salah satu tempat perjumpaan org2 melayu dihujung minggu tp tidak semua melayu gemar membeli disini ada yg mengunjungi carbots sekadar utk bersosial bersama rakan2.Sekiranya pandai memilih dan pandai menawarkan harga anda akan mendapat barang yg berjenama dgn kualiti serta harga yg murah..

Pertama kali aku ke carbots di Palmodie Govanhill,seakan satu kejutan krn melihatkan suasana dan tempat yg seakan spt bangunan buruk yg mengerunkan.Sewaktu di Malaysia ku bayangkan Glasgow sebuah bandar yg moden dan happening.tp rupanya sangkaanku meleset.Kakak senior telah mengajarku bagaimana utk mencari barang2 yg berjenama dan berkualiti pada harga yg rendah.Kali pertama ke carbots aku lebih banyak berdiam diri dan seakan pemalu utk bertanya dan menawarkan harga tp kali ke 4 aku mula menunjukkan skill bab tawar menawar harga dan telah menunjukkan diriku yg sebenar,memang seronok terutamanya bila dapat barang yg brand new dgn harga serendah mungkin.Banyak peistiwa2 yg menari sepanjang ku mengunjungi carbot sale.Sewaktu lawatan mertuaku ke Glasgow kami juga ada membawa mrk ke carbot,nampaknya mrk pun teruja dgn carbot .Bila hari minggu je minta kami bawakan mrk ke carbot.Selama 2 bulan di Glasgow mrk dapat mengumpul barang2 carbot 3 kotak besar.Selain Parmodie terdapat juga carbot sale di Blockcain,lanark dan beberapa tempat lagi.Di Lanark hanya pada musim summer saja di buka ,iaitu bermula bulan Mac(change time) hingga winter.
Paling kami suka pergi ke carbot lanark krn dia di kws country side dan penjual2nya dikalangan org2 kaya dan bersopan santu, jadi barang yg dijual boleh dikatakan berkualiti dan baru begitu juga dgn harga yg ditawarkan berpatutan dan boleh tawar menawar.Lokasinya di tengah padang yg luas dan sungguh mendamaikan.Biasanya kami mengunjungi carbot lanark by gruop dimana selepas membeli belah di carbot kami akan berbbq di Lanark Park beramai2 dan sungguh happening..Alhamdulillah

No comments:

Post a Comment